Sunday, June 28, 2015

Menanti gelora takdir

Tempat: Teluk Cempedak Kuantan, Pahang. Malaysia.
 kadang-kadang ... apabila kita berada dalam satu-satu situasi, kita tiada pilihan selain menanti apakah ketentuan Maha Esa. Tetapi kita tidak boleh terlalu yakin bahawa takdir yang buruk akan ditimpa kepada kita. Yang Maha Esa adalah Yang Maha Adil serta Yang Maha Mengatahui. Adakalanya diberikan sesuatu yang sebalik dari jangkaan kita. Sentiasa jangan putus harap walaupan ketika dalam penantian.

Sunday, June 21, 2015

Ukiran ilham dilantai minda

Tempat: Teluk Cempedak Kuantan, Pahang. Malaysia.
 Pantai adalah satu ruang untuk kita menghasilkan karya dan percambahan fikiran. Kita boleh lukis, ambil gambar dan padam. Kalau kita belum ada idea boleh lihat apa yang oring lain lukis atau buat.

Sunday, June 14, 2015

Ibarat kumbang dan debunga. Saling memerlukan.

Tempat: Kampung Darat Sanggang, Temerloh, Pahang, Malaysia.
Dalam pelbagai kehendak dan ketentuan, ada gabungan yang kita boleh dapat bagi menjadikan kita kuat. Kerana perbezaan bukan penghalang kepada kerjasama dan bersatu.


Sunday, June 7, 2015

Rumah buruk bertemankan pokok

Tempat: Kampung Darat Sanggang, Temerloh, Pahang, Malaysia.
Kadang-kadang yang orang lihat buruk dan hina masih ada sesuatu yang menjadi teman mereka. Walau bagaimana keadaan kita sekalipun kita tidak boleh menyendiri. Bersendirian boleh menyebabkan kita hanyut dalam kesedihan dan dendam.


Sunday, May 31, 2015

Buih-buih dilantai pasir

Tempat: Teluk Cempedak Kuantan, Pahang. Malaysia.
Jika diperhatikan, buih ini akan membentu sesuatu image yang boleh menyebabkan kita teruja. Kadang-kadang bukan image yang menjadi perhatian tetapi bagai mana buin tersebut dihasilkan oleh laut. Apakah kombinasi yang menghasiklan buih.